Thursday, October 18, 2018

Hari yang mendebarkan...

Tarikh 18.10.18 merupakan tarikh yang mendebarkan bagi semua warga SETIA terutama bagi Unit PPDa Setia.


Hakim-hakim Kebangsaan telah sampai seawal 8.00 am.


Semoga PPDa Setia berjaya dalam penghakiman ini dan meraih sekurang-kurangnya tempat ketiga Kebangsaan . 🤩







Sunday, October 14, 2018

Demi kamu ....


Tahukah semua bahawa Bilik Sumber PPDa SMK Taman Setiawangsa telah terpilih  sebagai wakil Kuala Lumpur dalam Pertandingan PPDa Peringkat Kebangsaan 2018?

👍👍👍👍

Dan tahukah anda ahli-ahli Unit PPDa Setia bersama pelajar dan ahli komuniti sekolah sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan terakhir untuk menerima kunjungan Juri Kebangsaan pada 18/10/18?


















Hebat betul semangat warga Setia semua!! Tahniah!

Saturday, October 13, 2018

Baharui tekad ..


Sempena Hari Sukan Negara 2018, Unit PPDa telah mengambil peluang membaharui tekad dan azam pelajar-pelajar SMK Taman Setiawangsa untu membebaskan diri dari dadah.



Warga sihat bebas dadah



Sempena Hari Sukan Negara, SMK Taman Setiawangsa juga tidak melepaskan peluang meraikan hari ini bersama-sama warga SETIA.

Bertemakan Bebas Dadah, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya. 

Jom, terjah gambar-gambar sekitar sambutan Hari Sukan Negara 2018 peringkat sekolah.
















Friday, October 12, 2018

SMK Wangsa Maju Zon R1

Bertuah sungguh bilik sumber PPDa Setia mendapat kunjungan dari warga SMK Wangsa Maju Zon R1, pada 12 Oktober 2018.

Terima kasih atas kunjungan. Lain kali datanglah lagi ...