Monday, July 2, 2018

Pengetahuan Murid Ting 5 Tentang ROKOK


Unit Bimbingan dan Kaunseling SETIA telah selesai menjalankan kajian dalam kalangan pelajar Ting 5 SETIA tentang pengetahuan mengenai rokok dan peratus pembabitan dengan rokok dari 1 Jun - 30 Jun 2018.

Didapati 50% responden yang dikaji merupakan perokok.

Diharap dengan data yang ada, Unit PPDa dapat menjalankan aktiviti berimpak tinggi bagi membendung penularan ketagih rokok dalam kalangan warga SETIA.







Berdasarkan graf dan jadual iaitu mengenai pengetahuan am tentang rokok, kesemua responden yang terdiri daripada 30 orang pelajar lelaki Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa mengetahui apa itu rokok. Sebanyak 93.33% iaitu 28 orang tahu bahaya rokok. Seramai 23 orang iaitu 76.67 % pernah memegang puntung rokok. 30% iaitu 9 orang yang pernah membeli rokok untuk ahli keluarga mereka dan seramai 18 orang iaitu 60% yang menyatakan ahli keluarga mereka ada yang menghisap rokok. Manakala seramai 28 orang iaitu sebanyak 93.33% dikalangan rakan-rakan mereka yang merokok.



Seramai 22 orang iaitu 73.33% pelajar yang pernah ingin mencuba untuk merokok pernah mencuba untuk menghisap rokok. 21 orang iaitu 70% pelajar pula yang pernah menghisap rokok.  Seramai 15 orang iaitu 50% pelajar yang menyatakan mereka pernah menghisap rokok.



Seramai 3 orang iaitu 10% menyatakan merokok kerana desakan kawan dan rokok penting bagi mereka.Ini juga menunjukkan mereka merokok atas kerelaan sendiri.  Seramai 14 orang iaitu 46.67 % menyatakan boleh membeli rokok dengan mudah.  Seramai 16 orang iaitu 53.33% responden menyatakan mereka tidak akan melibatkan diri dengan rokok.



Seramai 28 orang responden iaitu 93.33% menyatakan tahu bahawa rokok boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan. Manakala seramai 29 orang iaitu 96.67% bersetuju kandungan asap rokok akan menyebabkan pelbagai penyakit di mulut , kerongkong, paru-paru dan barah. Sebanyak 93.33% iaitu 28 orang bersetuju bahawa salah satu punca utama kanser paru-paru adalah rokok dan merokok merupakan factor utama yang menyebabkan kanser paru-paru.



Sebanyak 27 orang iaitu 90% responden yang tinggal bersama ibubapa. Ini menunjukkan walaupun masih tinggal bersama ibu bapa gejala merokok masih jua berlaku. Sebanyak 73.33 % iaitu 22 orang yang menyatakan lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga berbanding rakan-rakan . Seramai 11 orang iaitu 36.67 % menyatakan apabila mereka menghadapi masalh, mereka akan menenangkan diri sendiri dengan merokok. Hanya 6.67 % daripada 30 orang pelajar iaitu 2 orang sahaja menyatakan Ibu bapa mereka tidak pernah melarang mereka menghisap rokok. Selebihnya  93.33 %  iaitu 28 orang responden Ibu bapa mereka melarang mereka untuk merokok. Sebanyak 20% iaitu 6 orang yang akan berbuat apa sahaja yang mereka suka walaupun dilarang oleh ibubapa dan juga mereka tidak pernah cuba untuk berhenti merokok.