Sunday, September 14, 2014

Dongeng 3 dan dongeng 4






Dongeng #3: Shisha herba lebih baik dari shisha biasa

Kebenaran #3: Seperti menghisap rokok herba atau yang biasa, shisha tetap akan  mendedahkan pengguna kepada tar dan bahan penyebab kanser (karsinogen).




Dongeng #4: Menghisap shisha tidak menyebabkan ketagihan seperti menghisap rokok kerana tiada nikotin.

Kebenaran #4: Seperti tembakau, shisha mengandungi nikotin. Dalam masa 60 minit, setiap kali penggunaan shisha, pengguna akan terdedah kepada 100 ke 200 isipadu asap yang sama dari sebatang rokok.


Menakutkan ...!!

Tunggu lagi dongeng yang berikutnya ....



~"Hidup sihat sepanjang hayat"~



Tuesday, September 9, 2014

Dongeng dan yang benar ....



Yang dongeng dan yang benar. Pastikan kita tidak tertipu kawan-kawan ...



Dongeng #1 : Asap shisha atau hookah telah ditapis melalui air. Jadi, bahan berbahaya dalam asap tersebut telah diasingkan.
Yang benar #1: Bahan kimia penyebab kanser dalam asap shisha atau hookah itu tidak dapat ditapis melalui air.

 

Dongeng #2:      Menyedut asap shisha tidak membakar paru-paru, jadi ia tidak membahayakan.
Yang benar#2 :   Asap shisha atau hookah itu tidak panas kerana ia disejukkan oleh air semasa melalui air yang bertakung di bahagian bawah bekas, tetapi jangan lupa asap tertsebut masih mengandungi bahan karsinogen (bahan kimia penyebab kanser)


Nantikan dongeng#3 dan dongeng#4 ....

:)

Sunday, September 7, 2014

BERHENTI ...

ANDA PASTI BOLEH MELAKUKANNYA




Langkah-langkah berikut boleh membantu anda memulakan penghidupan baru sebagai seorang bukan perokok.

 Langkah 1

  • BERSIHKAN 

         Buangkan semua rokok yang ada dalam simpanan. Sembunyikan atau buangkan saja bekas abuk rokok dan pemetik api yang ada dalam rumah, dalam kereta dan di tempat kerja. 

Langkah 2

  • BUAT NOTA PERINGATAN DAN GALAKKAN 
          Buat suatu nota menyatakan bahawa anda sekarang bukan seorang perokok. Lekatkan nota tersebut di setiap bahagian dalam rumah, kereta atau tempat kerja anda, terutama di sudut di mana anda biasanya merokok. Buatkan juga nota tersebut dalam bentuk kad kecil yang boleh dimasukkan dalam saku baju untuk dibuat peringatan. 

Langkah 3
  • LAKUKAN SAHAJA 
         Untuk kebanyakkan orang cara yang paling berkesan ialah dengan berhenti secara mengejut atau cara " cold turkey ". Pada hari yang telah anda tetapkan untuk berhenti merokok, anda terus tidak merokok. Sebaiknya, beberapa minggu sebelum tiba hari yang ditetapkan anda telah mula mengurangkan sedikit demi sedikit bilangan rokok yang dihisap. 

Langkah 4

  • TUMPUKAN PERHATIAN PADA HARI YANG DILALUI. 
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui tanpa merokok. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok. 

Langkah 5

  • BERFIKIRLAH SECARA POSITIF. 
         Fikirkan diri anda sebagai seorang bukan perokok sebaik sahaja anda mula berhenti merokok dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian. Sekiranya ada orang mempelawa anda rokok, katakanlah terima kasih, saya tidak merokok. Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk tidak merokok. 

Langkah 6
  • DAPATKANLAH SOKONGAN. 
         Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah berhenti merokok dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan anda yang merokok supaya tidak mempelawa atau merokok berhampiran anda. 

Langkah 7
  • MELAWAN KEINGINAN MEROKOK. 
        Keinginan untuk merokok akan kembali sebaik sahaja anda mula berhenti merokok. Ini memang biasa berlaku, terutamanya pada masa dan situasi yang lazimnya anda merokok. Ingatlah bahawa setiapkali anda berjaya melawan keinginan untuk merokok, anda telah maju kehadapan untuk mencapai status bukan perokok. Katakan pada diri anda, setiap kali anda berjaya mengatasi keinginan untuk merokok, anda akan merasa lebih yakin dan lebih berupaya untuk melawan keinginan untuk merokok pada hari-hari yang berikutnya. Lama kelamaan keinginan untuk merokok akan hilang buat selama-lamanya. 

Langkah 8

  • BERDOA DAN MINTA ORANG LAIN MENDOAKAN
          Percayalah bahawa semua yang anda inginkan hanya boleh terlaksana dengan izin Yang Maha Kuasa.


Kami sentiasa mendoakan anda di luar sana bebas dari sebarang penagihan yang tidak baik.

'SIHAT SEPANJANG HAYAT'



Thursday, September 4, 2014

Hari Penghakiman

Pastinya ramai yang berdebar hari ini menerima kunjungan dari Panel Penilai Kebangsaan Bilik Sumber PPDa 2014.

Usaha yang giat sudah dijalankan, dan kini kita hanya berserah dan bertawakkal. 







Monday, September 1, 2014

Lawatan Cilik

Bilik Sumber PPDa hari ini meriah dengan lawatan dari pelajar-pelajar cilik SK Taman Setiawangsa, KL.

Antara aktiviti yang sempat dijalankan bersama-sama adik-adik comel ini ialaah main dam, pertandingan sahiba serta membuat Sudut Sayangi Pesakit Aids.







Saturday, August 30, 2014

Merdeka Tanpa Penagihan Dadah

Warga SMK Taman Setiawangsa turut bersama meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 57, Malaysia; di sini lahirnya sebuah cinta. Aktiviti dijalankan di bawah pengurusan Panitia Sejarah.

Pasti warga sekolah juga mengharapkan semua kita Merdeka Tanpa Sebarang Penagihan Dadah.








Wednesday, August 27, 2014

Kajian Tindakan : Masalah sosial , penyalahgunaan dadah dan faktor yang mempengaruhi gejala merokok.

Satu kajian tindakan telah dijalankan oleh Unit PPDa di sepanjang bulan Jun, bermula dari 3 Jun - 20 Jun 2014.

Sampel secara rawak dijalankan di kalangan pelajar SMK Taman Setiawangsa, KL.

Hasil dari Kajian Tindakan tersebut seperti di bawah:

A.    Remaja perempuan Ting. 4

        Punca utama masalah sosial 

       Punca

  • Para remaja zaman sekarang cetek pengetahuan agama
  • Remaja mempunyai pengetahuan yang luas tentang cara pencegahan kehamilan
  • Terdedah dengan bahan lucah / porno di internet

         Pelaksanaan Tindakan
  • Mengadakan program keagamaan serta menerapkan nilai murni
  • Mengadakan ceramah pendedahan serta pendidikan tentang risiko pergaulan seks bebas
  • Menyedarkan pelajar menggunakan internet secara terkawal bagi mengelakkan remaja terdedah dengan bahan-bahan lucah /porno.

       Penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar

       Punca

  • Banyak meluangkan masa bersama rakan sebaya
  • Tidak berminat dengan proses PdP
  • Kurang perhatian ibu bapa dan guru
B.    Remaja lelaki Ting. 2

     Faktor yang mempengaruhi gejala merokok


      Punca

  • Berhadapan dengan masalah stress
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Penerimaan daripada rakan yang terlibat dengan rokok
     
     Cadangan

  • Kaunselor akan bertanggungjawab merancang dan melaksanakan program yang lebih mantap dan menyeluruh bagi memberi kesedaran pelajar.

     Disediakan oleh : Pn Najwa bt Hanafi



Monday, August 25, 2014

Friday, August 22, 2014

Lawatan SMK Desa Tun Hussein Onn


Bilik Sumber PPDa hari ini diserikan dengan kehadiran pelajar-pelajar daripada SMK Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.

Terima kasih daun keladi, harap-harap kita dapat berjumpa lagi.



Wednesday, August 20, 2014

HALO PPDa ~ Program Penjelasan Misi Visi PPDa kepada komuniti setempat

Program Penjelasa kepada komuniti setempat Bukit Setiawangsa telah dijalankan pada hari ini. Seperti kata pepatah , 'Alah bisa tegal biasa' , pelajar-pelajar SMK Taman Setiawangsa telah diberi pendedahan untuk berinteraksi dengan penduduk setempat.

Tahniah!