Thursday, November 9, 2017

Program Selepas PAT Ting 4


Peperiksaan Akhir Tahun Ting 4 sudah berlalu. Pelajar-pelajar Ting 4 telah berpeluang mengikuti program selepas Ting 4. 

Penekanan Program ini Warga Sihat tanpa Dadah ..







Wednesday, June 14, 2017

AIDS, HIV golongan remaja semakin teruk?

Petikan dari Sinar Harian


APABILA kita mendengar perkataan Aids atau HIV, apa yang muncul di minda kita ialah perkara yang negatif. Apa tidaknya, setiap kempen yang dilakukan pelbagai pihak semuanya menunjukkan penyakit ini merebak dan berpunca dari aktiviti tidak sihat.


Benarkah begitu? Bagaimana pula dengan kanak-kanak tidak berdosa yang dijangkiti penyakit ini dari ibu bapa mereka?

Berdasarkan sumber Kementerian Kesihatan yang dipetik dari laman Unicef, Malaysia adalah tempat kelima paling pesat merebak di rantau Asia Timur dan Pasifik bagi epidemik Aids dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tiga tahun.


Kes Aids pertama dikesan di Malaysia adalah pada 1986 dan sehingga Disember 2006, hampir 80,000 telah dijangkiti HIV dan lebih 9,000 daripadanyanya meninggal dunia. Statistik ini menunjukkan purata 17 orang diuji positif bagi virus ini setiap hari.


Wabak di Malaysia ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pengguna dadah suntikan yang merupakan kira-kira 73 peratus daripada jumlah kes.


Bagaimanapun, terdapat kebimbangan tentang penularan heteroseksual yang sedang meningkat.


Perkadaran wanita yang dilaporkan mempunyai HIV bertambah dengan besar sedekad lalu iaitu daripada 4 peratus pada 1995 kepada 15 peratus kes baharu menjelang akhir tahun 2006.


Kajian menunjukkan pada  2006, lebih banyak suri rumah diuji positif HIV berbanding pekerja seks.


Pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahirkan dengan HIV juga meningkat dari 0.2 peratus kes baharu pada tahun 1991 kepada 1.4 peratus kes bagi tahun 2006.


Sama seperti bahagian di dunia, bilangan golongan muda di Malaysia dengan jangkitan HIV meningkat setiap tahun.
Statistik pada Disember 2006 mendedahkan 36 peratus jangkitan ini dalam kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun.


Image result for pesakit aids remaja


Kemungkinan indvidu yang dijangkiti HIV sebelum usia 30 sudah dijangkiti dalam lingkungan umur dua puluhan malah ada antaranya ketika di usia remaja.




Ketidaksaksamaan gender, stigma, diskriminasi, berdiam diri, penafian dan kejahilan menjadi bahan pembakar wabak ini. Ikuti laporan SOROT minggu ini mengenai isu Aids dan HIV.

Wednesday, June 29, 2016

Larangan jual alkohol kepada bawah 21 tahun bermula 1 Dis 2017


Petikan dari Astro Awani


PUTRAJAYA: Had umur penjualan minuman beralkohol akan dinaikkan hanya kepada mereka yang berusia 21 tahun ke atas sahaja berkuatkuasa 1 Disember 2017.



Larangan jual alkohol kepada bawah 21 tahun bermula 1 Dis 2017

Ia berbanding larangan sebelum ini yang dihadkan kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata penguatkuasaan itu berikutan pindaan peraturan berkaitan minuman beralkohol di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang diwartakan pada 27 Mei lepas.


Beliau berkata selain had umur dinaikkan, semua penjual minuman beralkohol diwajibkan mempamerkan notis 'Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan' di hadapan premis masing-masing.

"Pindaan peraturan turut mewajibkan minuman beralkohol yang dijual dipamer di kabinet atau rak yang berasingan daripada kabinet atau rak makanan lain dan meletakkan label 'Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan' pada semua produk minuman beralkohol," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata pindaan itu turut melibatkan peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada dan mewujudkan peraturan baharu 386A mengenai Sebatian Minuman Keras (CHL).

Subramaniam berkata kegagalan mematuhi mana-mana peraturan berkaitan minuman beralkohol merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Mengulas lanjut berhubung peraturan baharu 386A, Subramaniam menjelaskan ia bertujuan mengawal kebolehdapatan CHL yang yang dihasilkan daripada campuran dua atau lebih minuman beralkohol dan kini boleh dibeli dengan mudah di kedai ubat, kedai runcit, kedai kopi pada harga serendah RM5.

"CHL merupakan satu isu sosial yang besar dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah. Oleh itu peraturan baharu ini menetapkan bahawa produk CHL hanya dibenarkan dijual dalam botol kaca dengan isipadu minimum 700 ml," katanya.

Kata Subramaniam, kegagalan mematuhi peraturan 386A mengenai CHL merupakan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Katanya, Kementerian Kesihatan sudah berbincang dengan 46 wakil pihak industri berhubung pindaan peraturan berkenaan di negara ini.

Friday, April 15, 2016

Scavenger Hunt



Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan aktiviti yang sangat menarik bagi memastikan semangat bebas DARIH diterapkan dalam kalangan warga sekolah.

Aktiviti Scavenger Hunt ini secara tidak langsung menggalakkan kerjasama antara rakan dan rasa kekitaan di kalangan pelajar.